BERSAMA KAMI DI  LIVEXTRA  : : SYAHDINA.COM

LIVExtra

        

Formula dan Kombinasi  LIVExtra sesuai untuk lelaki dan wanita :: Tidak sesuai bagi kanak-kanak,ibu mengandung atau menyusu

Hipertensi / Darah Tinggi

 

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN (Harian Metro)


Penyakit Jantung


APABILA membaca atau mendengar kisah orang diserang penyakit jantung, apa yang terlintas dalam fikiran?

Adakah simpati, insaf atau tidak berasa apa-apa kerana menganggap perkara itu tidak akan berlaku kepada kita?

Jika ini tanggapan anda, pertimbangkan semula kerana ramai pesakit jantung juga pernah mempunyai tanggapan sama.

Semua orang ada risiko untuk mengalami penyakit kardiovaskular atau jantung. Penyakit kardiovaskular adalah nama umum yang merujuk kepada beberapa keadaan membabitkan jantung dan saluran darah.

Sebarang penyakit yang menyebabkan jantung atau saluran darah gagal berfungsi dengan baik dipanggil penyakit kardivaskular.

Penyakit jantung koronari pula berlaku apabila saluran yang membekalkan darah ke jantung dan otak (arteri) tersumbat atau rosak. Apabila salur darah tersekat, aliran darah ke jantung dan otak berkurangan atau terhenti sama sekali.

Keadaan ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kardiovaskular seperti serangan jantung, kerosakan otak, sakit dada dan kegagalan jantung. Jantung adalah organ kecil, hanya seberat 0.25 kilogram dan berdegup 72 kali seminit.

Cuba genggam kedua-dua belah tangan dan letakkan di tengah dada. Inilah saiz sebenar jantung dan bandingkan pula dengan saiz badan. Jika dibentang, secara purata salur darah kita sepanjang 27,000 kilometer. Adakah anda rasa jantung sekecil itu mampu mengepam 5.6 liter darah tiga kali seminit untuk jarak sejauh itu?

Jika anda kurus, tugas ini mungkin dapat dilakukan dengan mudah tetapi bagi yang obes, jantung terpaksa menanggung beban berat untuk bekerja keras supaya darah sampai ke semua anggota badan.

Sekarang cuba periksa degupan jantung. Jika degupan jauh melebihi paras normal (72 degupan seminit), bermakna anda perlu lakukan sesuatu untuk memastikan jantung dapat terus berfungsi dengan baik.

Rasanya semua orang tahu, penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di negara ini. Hampir lapan peratus kematian yang berlaku di hospital adalah disebabkan penyakit kardiovaskular.

Seseorang itu boleh lebih mudah mendapat penyakit kardiovaskular berbanding orang lain. Faktor risiko sakit jantung boleh dibahagikan kepada dua, iaitu faktor yang tidak boleh diubah dan boleh dikawal.

Faktor yang tidak boleh diubah ialah jantina dan umur (lelaki, berumur melebihi 45 tahun atau wanita berumur melebihi 55 tahun) yang mempunyai sejarah keluarga diserang sakit jantung. Contohnya, serangan berlaku pada usia muda, sama ada pada bapa atau adik-beradik lelaki sebelum 55 tahun dan ibu atau adik-beradik perempuan sebelum 65 tahun.

Namun kebanyakan kes serangan jantung berpunca daripada tabiat dan gaya hidup tidak sihat seperti merokok, kurang melakukan aktiviti fizikal (bersenam), kencing manis, paras kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi — yang semuanya boleh dikawal.

Penyakit jantung koronari biasanya mengambil masa lama untuk terbentuk dan ia berkait rapat dengan beberapa faktor seperti:
 

  • Tekanan darah tinggi.
     
  • Paras kolesterol tinggi.
     
  • Pemakanan tidak seimbang.
     
  • Kurang bersenam.
     
  • Obesiti.
     
  • Merokok.
     
  • Kencing manis.

Sebenarnya masih belum terlambat untuk memulakan penjagaan jantung. Tidak kira berapa umur anda, penjagaan jantung boleh dimulakan sekarang. Namun, anda disaran mendapatkan nasihat doktor sebelum memulakan senaman, terutama jika anda:
 

  • Lelaki berumur 35 tahun ke atas.

     
  • Perempuan berumur melebihi 40 tahun.

     
  • Mengalami masalah berat badan berlebihan (tujuh kilogram dan lebih berbanding berat badan unggul).

     
  • Mempunyai keraguan terhadap status kesihatan diri sendiri.

     
  • Ada sejarah perubatan atau sedang menjalani rawatan dan mengambil ubat.

 

BAGAIMANA MENGURANGKAN RISIKO

 

Dengan adanya formula LIVExtra dapat meningkatkan kesihatan dan sangat bagus terutamanya bagi yang mengutamakan penjagaan kesihatan khusus penjagaan jantung dan saluran darah tanpa ada kesan sampingan.

 

Pemakanan Kesihatan LIVExtra telah dikaji oleh Professor Dr Ferid Murad iaitu Pemenang Hadiah Nobel dan dijamin mutu serta kualitinya di peringkat antarabangsa.

 

 
 

 

LIVExtra INFO

Fungsi Utama Nitrik Oksida Penyelidikan

 

 

sales@syahdina.com

Hakmilik Terpelihara Syahdina dot Com

©2006 Syahdina.Com   All rights reserved.