|

Hipertensi / Darah
Tinggi
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN (Harian Metro)
Tekanan darah tinggi
pembunuh senyap
MENGAWAL tekanan darah supaya
sentiasa pada tahap normal, iaitu kurang 120 mmHg/85 mmHg sepanjang hayat bukan
kerja mudah, terutama bagi individu yang mempunyai masalah berat badan
berlebihan dan jarang bersenam.
Penjagaan tekanan
darah ini semakin penting apabila usia meningkat.
Pakar perubatan berpendapat orang yang sudah berusia perlu banyak bersenam
supaya boleh menikmati kehidupan hari tua dengan lebih bermakna.
Namun berdasarkan gaya hidup kebanyakan masyarakat kita yang masih kurang
bersenam, tidak hairan jika jumlah pesakit tekanan
darah tinggi semakin meningkat, terutama
di kalangan golongan muda.
Kajian Kesihatan dan Kematian Kebangsaan 1996 ke atas 21,391 individu berumur 30
tahun ke atas mendapati, 20 peratus atau 4,278 orang mengalami tekanan
darah tinggi
tahap pertama. Manakala lapan peratus (1,711 orang) menghadapi tekanan
darah tinggi
tahap kedua dan 856 responden lagi mengalami tekanan
darah tinggi tahap serius, iaitu melebihi
180 mmHg/110 mmHg.
Tekanan darah tinggi
diukur dalam dua pecahan, iaitu sistolik (tekanan pada dinding salur
darah apabila jantung mengepam
darah — nombor atas) dan diastolik (tekanan pada
dinding salur darah ketika jantung berehat —
nombor bawah).
Seseorang itu dikatakan mengalami tekanan darah
tinggi apabila satu daripada dua ukuran ini
melebihi paras normal. Umum tahu tekanan darah
yang terlalu tinggi boleh menyebabkan serangan
strok, sakit jantung, masalah penglihatan dan kerosakan buah pinggang.
Risiko akan berganda dengan kenaikan sebanyak 20 mmHg bagi tekanan sistolik (nombor
atas) dan 10 mmHg untuk tekanan diastolik (nombor bawah). Untuk mengetahui
status tekanan darah anda sama ada masih dalam
paras normal atau sebaliknya, sila rujuk Jadual 1.
Dalam 90 hingga 95 peratus pesakit, punca tekanan darah
tinggi atau tidak diketahui, tetapi
kebanyakannya mengalami masalah ini bertahun-tahun lamanya tanpa disedari kerana
penyakit ini tidak menunjukkan sebarang gejala. Ketiadaan gejala ini menyebabkan
ia dipanggil pembunuh senyap.
Pakar perubatan mengklasifikasikan tekanan darah
tinggi yang tidak diketahui puncanya sebagai
tekanan darah tinggi
primer atau utama.
Banyak punca menyumbang kepada tekanan darah
tinggi jenis ini, termasuk faktor persekitaran
seperti:
-
Sejarah keluarga yang menghidap
tekanan darah
tinggi.
-
Pemakanan tidak seimbang dan banyak
garam (natrium).
-
Banyak minum minuman keras.
-
Gaya hidup tidak aktif dan kurang
bergerak.
-
Kurang senam.
-
Tekanan.
-
Merokok.
Untuk baki lima hingga 10 peratus pesakit lagi, tekanan
darah tinggi
mereka dikelaskan sebagai sekunder iaitu disebabkan penyakit atau
ketidaknormalan seperti sakit buah pinggang, masalah ketidakseimbangan
hormon dan pengambilan dadah (ubat) contohnya pil perancang serta steroid
bagi mengubati penyakit tertentu. Biasanya tekanan
darah tinggi sekunder ini dapat
dikawal dengan mengenal pasti punca masalah.
Menurut perunding kardiologi, Datuk Dr Khoo Kah Lin, seseorang itu dikatakan
mengalami tekanan darah
tinggi apabila tekanan
darahnya mencecah 140 mmHg/90 mmHg (individu
sihat) atau melebihi 130 mmHg/80 mmHg bagi pesakit kencing manis.
Tekanan darah
tinggi adalah risiko utama masalah kardiovaskular yang ditingkatkan
dengan beberapa faktor lain seperti merokok, kencing manis, umur (melebihi
55 tahun bagi lelaki dan 65 tahun bagi wanita), obesiti abdomen (kegemukan
pada bahagian pinggang), dislipidemia, sejarah keluarga dan jantina. Risiko
ini tinggi di kalangan orang lelaki,
manakala ia hanya menjadi masalah kepada wanita selepas menopaus.
Dr Khoo berkata, ini sebabnya semua pesakit, tidak kira berapa tekanan
darah mereka, perlu mengamalkan gaya hidup
sihat.
Pesakit tekanan darah
tinggi boleh mengalami kegagalan beberapa
organ yang memberi kesan pada otak, jantung dan buah pinggang jika tidak
dirawat sehingga mencapai sasaran.
Namun, tidak kira apa jua jenis ubat diambil, rawatan mestilah disertai
dengan perubahan gaya hidup, penjagaan pemakanan dan kerap bersenam kerana
semua ini memberi pengaruh besar terhadap tekanan
darah dan kesihatan keseluruhan.
BAGAIMANA
MENGURANGKAN RISIKO
Dengan
adanya formula LIVExtra dapat meningkatkan kesihatan dan sangat
bagus terutamanya bagi yang mengidap penyakit darah tinggi atau hipertensi tanpa
ada kesan sampingan .
Pemakanan Kesihatan LIVExtra telah
dikaji oleh Professor Dr Ferid Murad iaitu Pemenang Hadiah Nobel dan
dijamin mutu serta kualitinya di peringkat antarabangsa.
|
|