|

Aterosklerosis
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN(Harian Metro 10Feb
2007)
PROGRAM penjagaan kesihatan setiap
orang sebenarnya bermula sejak hari pertama dilahirkan. Ia dimulakan dengan
pemberian susu badan yang bukan saja menjadi makanan paling lengkap untuk bayi,
malah membantu meningkatkan daya ketahanan badan.
Apabila beralih kepada
makanan pepejal, bermulalah proses pengumpulan lemak badan, terutama di bawah
kulit dan dalam salur darah.
Tabiat pemakanan yang kurang sihat boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami
masalah penyempitan salur darah atau aterosklerosis.
Aterosklerosis adalah jenis penyakit jantung paling lazim di dunia dan bermula
pada awal kehidupan setiap orang. Yayasan Klinik Cleveland melaporkan, seorang
daripada enam remaja berumur antara 12 hingga 19 mempunyai tanda jelas mengalami
sakit jantung.
Sementara Kajian Jantung Bogalusta, Universiti Tulane di New Orleans, Amerika
Syarikat mendapati, kanak-kanak semuda tiga tahun menunjukkan tanda penyempitan
salur darah.
Pakar Perunding Kardiologi, Datuk Dr Khoo Kah Lin, berkata pengumpulan lemak
dalam salur darah bermula pada zaman kanak-kanak dan proses ini berterusan
secara perlahan-lahan hinggalah meningkat dewasa.
Seandainya proses ini tidak dibendung, seseorang itu boleh mendapat penyakit
jantung. Kajian juga mengesahkan, peningkatan tahap kolesterol ketika kecil
memberi sumbangan besar kepada pembentukan aterosklerosis apabila seseorang itu
dewasa.
“Semuanya bermula dengan tabiat pemakanan. Walaupun penyakit jantung turut
dikaitkan dengan faktor keturunan, tabiat pemakanan memberi pengaruh besar. Di
sinilah pentingnya ibu bapa mempelajari gaya pemakanan sihat, bukan untuk
dirinya saja tetapi seisi keluarga.
“Masalahnya sekarang ialah gaya hidup rakyat Malaysia yang terlebih makan dan
kurang bersenam. Gaya hidup ini turut diwarisi golongan muda, menyebabkan
semakin ramai kanak-kanak mengalami masalah berlebihan berat badan dan obes,”
katanya.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan, seramai 270 juta penduduk Asia
akan mati akibat penyakit gaya hidup kronik dalam tempoh 10 tahun iaitu dari
2005 hingga 2015.
Pengarah Yayasan Jantung Malaysia itu juga berkata, di negara kita saja sebanyak
10,000 kematian akibat strok, serangan jantung dan kegagalan buah pinggang
dicatatkan setiap tahun; dan 6,000 kes daripadanya disebabkan penyakit jantung
koronari.
Kajian di Amerika mendapati, penyakit jantung juga berlaku pada kanak-kanak.
Sebanyak 16 peratus bayi dilahirkan tidak sihat kerana mempunyai pelbagai
masalah kecacatan jantung.
Selebihnya mendapat masalah jantung seperti degupan jantung tidak normal, demam
reumatik, penyakit Kawasaki serta familial hiperkolesterolemia (paras kolesterol
tinggi sejak dilahirkan).
Saiz jantung hanya sebesar tangan yang digenggam. Ia bertugas mengepam darah
mengandungi oksigen dan nutrien ke seluruh badan bagi membolehkan semua sel
berfungsi dengan baik.
Jantung berdegup pada kadar tertentu iaitu antara 80 hingga 90 degupan seminit.
Kadar degupan ini boleh dipengaruhi faktor lain seperti tekanan fizikal dan
emosi yang menyebabkan jantung berdegup lebih cepat.
Bagaimanapun jika salur darah kita sempit, aliran darah ke jantung menjadi
kurang dan terhad. Jika saluran darah menjadi terlalu sempit, serangan jantung
boleh berlaku kerana bahagian otot jantung yang tidak menerima bekalan oksigen
mengalami keradangan.
Gejala bersifat umum ini menyebabkan ramai menganggapnya sebagai masalah
kesihatan ‘biasa’. Anggapan sama juga dibuat walaupun ia berlaku pada
kanak-kanak, sedangkan ia petanda penting dan perlu diberi perhatian serius.
Untuk mengurangkan pengumpulan lemak dalam salur darah di kalangan kanak-kanak
dan orang dewasa, beberapa langkah boleh diambil iaitu:
>
Pastikan anak anda tidak merokok. Jika anda merokok, anda sebenarnya
memberi contoh tidak baik kepada anak. Seandainya tidak dapat berhenti,
merokoklah di luar rumah, jauh daripada anak dan isteri.
>
Bersenam secara tetap sekurang-kurangnya 30 hingga 60 minit sehari. Kata Dr
Khoo, sebaiknya bersenam setiap hari tetapi jika tidak dapat, tiga hingga empat
kali seminggu memadai.
Lebih baik jika ia dijadikan aktiviti harian keluarga supaya amalan senaman dan
penjagaan kesihatan ini dapat diturunkan kepada golongan muda.
>
Pelajari tabiat pemakanan sihat dan seimbang dengan melebihkan pengambilan
sayur-sayuran dan buah-buahan. Semua orang, termasuk kanak-kanak, memerlukan
sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
Kanak-kanak semuda dua tahun juga sepatutnya digalakkan makan banyak sayur dan
buah. Selain itu, sediakan makanan rendah lemak, kolesterol dan garam. Melalui
cara ini anda dapat membantu mengurangkan masalah berlebihan berat badan,
mengawal paras kolesterol darah dan menjaga kesihatan jantung.
Walaupun mereka masih kecil, paras kolesterol kanak-kanak, terutama yang ada
masalah berat badan berlebihan, perlu dijaga. Sila rujuk Jadual 1 untuk
mengetahui paras kolesterol selamat untuk anak anda.
>
Elakkan masalah berlebihan berat badan dan obesiti berlaku dalam keluarga
anda, terutama anak. Jika ada yang gemuk, ajak mereka bersenam dan kawal
pemakanan mereka supaya masalah tidak bertambah buruk.
>
Jika ada ahli keluarga menghidap kencing manis, dia perlu diberi rawatan.
Rawatan dan penjagaan pemakanan pesakit kencing manis juga secara tidak langsung
boleh meningkatkan kesedaran anak terhadap kepentingan penjagaan kesihatan.
>
Kurangkan kunjungan ke restoran makanan segera dan jangan jadikan makanan
sebagai upah untuk anak berkelakuan baik.
Tanda
umum
BAGAIMANA
MENGURANGKAN RISIKO
Dengan
adanya formula LIVExtra dapat meningkatkan kesihatan terutamanya
jantung dan saluran darah di dalam badan kita.
Pemakanan Kesihatan LIVExtra telah
dikaji oleh Professor Dr Ferid Murad iaitu Pemenang Hadiah Nobel dan
dijamin mutu serta kualitinya di peringkat antarabangsa.
|
|