BERSAMA KAMI DI  LIVEXTRA  : : SYAHDINA.COM

LIVExtra

        

 

Satu-satunya Formula berdasarkan Hadiah Nobel Perubatan 1998       Professor Dr Ferid Murad       *Dapatkan nasihat doktor anda mengenai Nitrit Oksida(NO)*

 



 

Impian Mulia Pemenang Nobel


Salah seorang professor perubatan terunggul pada abad ke-20 – Profesor Dr Ferid Murad. Kerjaya hebat Dr Murad dalam bidang penyelidikan perubatan dan farmakologi telah memenangi beliau banyak pengiktirafan dan ijazah kehormat dari pelbagai universiti terkemuka di seluruh dunia.

Sepanjang kunjungan beliau di rantau ini, Dr Murad mempersembahkan penemuannya dan kertas kajian di Institut Jantung Negara, Universiti Kebangsaan Singapura . Beliau bukan sahaja berkongsi tentang kajian peribadinya tetapi juga kajian saintifik terkini tentang pelbagai fungsi nitric oxide (NO) dalam badan manusia dengan pegawai perubatan, pelajar perubatan, editor dan wartawan kesihatan, pembekal penjagaan kesihatan .


Mesej utama:

  • Memahami mekanisme nitric oxide dan fungsinya

  • Penemuan terbaru nitric oxide dan peranannya dalam faedah perubatan

  • Menguraikan keajaiban nitric oxide

Satu-satunya Formula berdasarkan Hadiah Nobel Perubatan 1998       Professor Dr Ferid Murad       *Dapatkan nasihat doktor anda mengenai Nitrit Oksida(NO)*

 

SALURAN DARAH



Pada tahun 1908, ahli sains telah mendapati bahawa arnab yang diberi makan daging, susu berlemak dan telur mengandungi mendapan lemak di dinding arteri (saluran darah). Ini menyebabkan saluran darah menjadi lebih sempit - proses ini dinamakan "atherosclerosis". Ia adalah proses yang mengambil masa yang lama dan selalunya tidak menunjukkan kesan-kesan awal. Sekiranya proses ini berlaku pada kita, saluran darah ke otak boleh berhenti (kena stroke) atau ke jantung berhenti (sakit jantung). Pada 1913, ahli sains telah mengenalpasti bahan ini sebagai kolesterol.
Pada 1916, Cornelius de Langen, seorang doktor Belanda yang ketika itu berkerja di Indonesia mendapati bahawa orang-orang asli Indonesia mempunyai kadar sakit jantung yang lebih rendah berbanding orang-orang Belanda yang tinggal di sana. Beliau membuat spekulasi bahawa ini mungkin disebabkan oleh kandungan kolesterol yang rendah di kalangan orang Indonesia yang lebih banyak memakan makanan berasaskan tumbuhan berbanding orang Belanda yang lebih suka mengambil daging dan makanan berasaskan tenusu.
Selepas Perang Dunia ke-2, pengkaji di Skandinivia mendapati bahawa kematian akibat sakit jantung turun dengan mendadaknya semasa peperangan. Ini didapati disebabkan oleh kekurangan makanan daging, tenusu dan telur pada ketika itu. Pengkaji lain pula pada masa ini telah mendapati bahawa orang yang mengalami serangan sakit jantung selalunya mempunyai kadar kolesterol yang lebih tinggi berbanding orang yang tidak mengalami serangan sakit jantung.
Sejak daripada itu, telah banyak kajian saintifik yang mengaitkan kandungan kolesterol yang tinggi dan diet dari lemak haiwan dengan risiko sakit jantung. Di negara-negara di mana kandungan kolesterol adalah tinggi seperti di Amerika, penyakit jantung adalah salah satu penyebab utama kematian.

 

Kolesterol adalah sejenis bahan berbentuk seperti alkohol (iaitu mengandungi atom -OH di dalam strukturnya) dan ia dibawa di dalam saluran darah kita menggunakan lipoprotein. Jenis yang menggunakan LDL (low density lipoprotein) dikatakan kolesterol jahat manakalah yang menggunakan HDL dikatakan kolesterol baik.
Kenapakah LDL dikatakan kolesterol jahat dan HDL sebagai kolesterol baik? Kajian yang dilakukan telah menunjukkan bahawa kandungan kolesterol yang tinggi di dalam darah bertindakbalas dengan oksigen dan ini akan mengeluarkan Radikal Bebas Oksigen.
 

Kolesterol + Oksigen -----> Radikal Bebas Oksigen


Radikal bebas ini kemudiannya menghalang pengeluaran gas nitrik oksida.

Pada masa biasa, gas ini dikeluarkan di dalam badan dan ia menyebabkan saluran darah mengembang.Bagaimanapun, bila pengeluarannya terhalang, kandungan gas nitrik oksida menjadi berkurangan. Kesan daripada ini, saluran darah menjadi kurang anjal (arteri mejadi keras).


Konsep kolesterol baik dan jahat ini timbul dari cara HDL (baik) membuang LDL (jahat) dari tisu dan menghantarnya semula ke hati (liver). Di hati, ia akan dikumuhkan dan dibuang. Dengan cara ini, HDL berupaya membuang radikal bebas yang boleh menghalang pengeluaran nitrik oksida.


Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, kandungan kolesterol yang tinggi meningkatkan masalah jantung (dan juga stroke - angin ahmar). Sebagai contoh, di Norway, di mana kandungan kolesterol purata yang tinggi menyebabkan kematian akibat sakit jantung sebagai punca utama kematian.

 

PENYAKIT KORONARI JANTUNG

Penyakit yang berkenaan jantung dikenali sebagai penyakit kardiovascular. Penyakit kardiovascular merupakan punca utama kesakitan dan kematian yang disahkan oleh doktor di Malaysia. Pada tahun 1988, 29.4% dari angka kematian yang disahkan oleh doktor di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh penyakit kardiovascular.

Di antara tahun 1981 hingga 1989, kadar kematian yang disebabkan oleh penyakit kardiovascular di Semenanjung Malaysia bertambah dari 15.3 bagi setiap 100,000 penduduk kepada 37 bagi setiap 100,000 penduduk. Kemasukan ke hospital bagi penyakit ini telah bertambah dari 10,190 kepada 64,696 di antara 1965 dan 1989, pertambahan sebanyak 534% dalam masa 24 tahun. Tetapi mungkin pertambahan ini berlaku disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya kemungkinan disebabkan timbulnya kesedaran mendalam di kalangan penduduk Malaysia menyebabkan mereka lebih kerap memeriksa kesihatan mereka. Ini menyebabkan lebih banyak kes baru direkodkan berbanding masa yang lalu.

Jantung merupakan satu organ yang penting dan sebarang gangguan kepada jantung akan mengakibat penyakit yang boleh membawa maut. Antara keadaan yang mengakibatkan sakit jantung adalah kerosakan pada koronari arteri dalam jantung. Keadaan kerosakan pada koronari arteri ini dikenali sebagai penyakit koronari jantung. Penyumbang utama penyakit koronari jantung adalah arthrosklerosis. Arthrosklerosis berlaku apabila gumpalan lemak terkumpul dalam saluran darah lalu menyempitkan laluan darah beroksigen kepada jantung. Ini akan menjadikan jantung kekurangan oksigen dan apabila keadaan ini berterusan, bahagian jantung yang  tidak menerima oksigen itu akan mati dan menjadi biru kehitaman.

Gumpalan lemak ini dipercayai berasal daripada kolesterol yang tinggi dalam darah, oleh itu anda dinasihatkan mengurangkan kadar pengambilan lemak tepu yang mengandungi kalesterol yang tinggi. Arthroskelorosis berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa yang panjang untuk terbentuk. Bagaimanapun sekiranya tidak dikesan dan dirawat awal, arthrosklerosis boleh menjadi bertambah buruk dan boleh menyebabkan kematian. Tanda-tanda penyakit koronari jantung adalah sesak nafas atau tercungap-cungap bila kepenatan, degupan jantung yang luarbiasa, angina pektoris, sakit jantung, lemah jantung dan kematian mengejut.

BAGAIMANA TERJADINYA SAKIT JANTUNG

Angina (sakit dada bila kepenatan) terjadi akibat berlakunya arthrosklerosis di mana saluran yang membekalkan darah ke otot-otot jantung menyempit dan pengaliran darah terhalang.  Serangan sakit jantung terjadi apabila darah membeku di kawasan arthrosklerosis dan menghalang sepenuhnya pengaliran darah ke otot-otot jantung. Keadaan ini menyebabkan sel jantung mati akibat tidak mendapat oksigen.

Tanda-tanda serangan sakit jantung termasuklah kesakitan di bahagian jantung, berpeluh, loya dan kesukaran untuk  pernafasan.

Dalam kes-kes serangan sakit jantung tertentu ia tidak menunjukkan tanda-tanda biasa.

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB

  • Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
  • Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
  • Jika anda merokok.
  • Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
  • Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
  • Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
  • Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.
  • Jika anda kurang bersenam.
  • Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.

BAGAIMANA MENGURANGKAN RISIKO

 

Dengan adanya formula LIVExtra dapat meningkatkan kesihatan dan Nitrik Oksida  di dalam badan kita.

 

Pemakanan Kesihatan LIVExtra telah dikaji oleh Professor Dr Ferid Murad iaitu Pemenang Hadiah Nobel dan dijamin mutu serta kualitinya di peringkat antarabangsa.

 

 

Tahukah anda saluran darah kita melingkari bumi sebanyak 2.5 kali?

Kini dengan livextra
 
Campuran proprietari yang pertama untuk kesihatan Kardio-Serebrovasdikular!
 
  • L-Arginin- Gred farmaseutikal paling tulen. Perangsang Seks Asli. Baca lagi..
     
  • Probiotik KoQ10No Paten 6,806,069 & 6,867,024
     
  • Asid Folik & Metafolin - No Paten 5,997,915 & 6,254,904
     
  • Vitamin B6,B12,E & Beta Karotine
     
     
     
     
    Mendapat Pengesahan Halal dari
    Islamic Food & Nutrition Council of America (IFANCA)
     
     
     
 
Kini dengan livextra
 
Campuran proprietari yang pertama untuk kesihatan Kardio-Serebrovasdikular!
Dapat Meningkatkan Kesihatan:
 
  • Saluran Darah
  • Tekanan Darah
  • Paras Lipid Darah
  • Pengaliran Darah
  • Fungsi Jantung
  • Fungsi Otak/Neurologik
     
     
    Live Extra ini telah mendapat sijil halal dari badan Islam di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM. Untuk senarai badan Islam yang diiktiraf JAKIM di seluruh dunia, sila rujuk laman web JAKIM di bahagian Senarai Badan Islam.
     
    Rujuk Halal Jakim
     
     

Penyakit Kardiovaskular adalah "Silent Killer" "Pembunuh Senyap" tanpa kita sedari!

 

 

LIVExtra INFO

Fungsi Utama Nitrik Oksida Penyelidikan

 

 

sales@syahdina.com

Hakmilik Terpelihara Syahdina dot Com

©2006 Syahdina.Com   All rights reserved.